Sunday, July 26, 2009

Program Muslimat Bersama Rakyat

Assalamualaikum wr wbt.
Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bikum.
Salam perjuangan dihulurkan buat semua sahabat.Untuk pertama kalinya pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Bakri amat mengharapkan sokongan dan dokongan semua agar dapat membantu kami dalam meneroka medan dakwah yang baru buat kami.Sejak ditubuhkan pada tahun 1988, kini kami berkesempatan untuk berkomunokasi dengan masyarakat di luar menerusi saluran alternatif ini.

Untuk pengetahuan semua, DMP Kawasan Bakri akan menganjurkan satu program yang melibatkan masyarakat setempat khususnya di DUN Sg Abong. Program Muslimat Bersama Rakyat akan berlangsung pada 8hb-9hb Ogos,2009. Program yang julung kalinya dianjurkan oleh DMP Kawasan Bakri bertempat di Gelanggang Terbuka Taman Desa, Sg Abong ,Muar. Pada hari Sabtu malam Ahad di rumah YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh, ADUN Sg Abong.
Aturcara majlis pada malam seperti berikut:
  • Solat Maghrib berjamaah.
  • Solat Hajat bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan,
  • Bacaan Yaasin.
  • Bacaan Tahlil
  • Solat Isyak berjamaah.
  • Tazkirah oleh Pn Fatimah Ismail (Ketua Penerangan DMPNJ)
  • Jamuan
  • Gotong-royong mengemas Tapak Program.

Antara acara yang akan mengisi Program Muslimat Bersama Rakyat adalah:

  • Pertandingan Azan dan Hafazan.
  • Pertandingan masakan rendang
  • Pertandingan gubahan bunga dan telekung.
  • Sukaneka
  • Pameran
  • Pemeriksaan asas kesihatan, pergigian dan mata.
  • Gerai jualan.
  • Persembahan pelajar PASTI.
  • Kaunter pendaftaran pengundi, Ahli PAS dan Ahli DMPP.

Program akan dirasmikan oleh YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh, ADUN Sg Abong tepat jam 9.00 pagi.Orangramai dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment